'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.' (Surah At Taubah : Ayat 111)

Friday 10 February 2012

KEMUDAHAN - SEKOLAH AL-BARAKAH..

Di Pusat Pendidikan Al Barakah kami menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung dan juga pelajar.
Ruang rehat juga ada disediakan bagi mereka yang menjalani kursus atau mendengar dan mengikuti kelas-kelas pengajian di sini. Begitu juga ruang solat yang selesa dan berventilasi sesuai bagi mereka yang mempunyai kursus-kursus yang dijalankan pada sepanjang hari.
Dewan Seminar yang lengkap dengan sistem audio dan visual terkini boleh disewa dari harga RM 450 satu hari. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis silaturrahim, perkahwinan, perjumpaan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti kebajikan.

 Surau Al Barakah mampu untuk menampung seramai 300 jemaah untuk satu masa. Surau ini terletak di dalam kawasan Al Barakah. Berbagai aktiviti diadakan disini terutama pada bulan Ramadhan.

HOMESTAY
Pusat Pendidikan Albarakah juga menyediakan homestay untuk mereka yang perlukan kediaman sementara apabila berkunjung ke sini atau melawat saudara mara di dalam kawasan Kg Manjoi. Sila klik untuk melihat homestay Pusat Pendidikan Al Barakah

1 comment:

  1. Assalammualaikum, saya sangat kagum dengan ustaz. Banyak orang salah faham dengan apa yang cuba ustaz sampaikan dan tegur. Saya melihat fenomena mendengar ceramah ugama pada masa kini amat popular. Mampu juga menarik beribu2 orang untujk mendengar ceramah dan kuliah. Walaubagaimanapun, apabila tiada ustaz berceramah, masjid kosong semula. seolah2 apa yang usataz2 ni sampaikan tidak memberi kesan kepada orang yang mendengar kuliah atau ceramah. Mungkin datang kuliah, selain belajar, hanya mahu mendengar lawak penceramah sahaja.

    Apa yang saya cadangkan ini mungkin usataz sudah buat, mungkin saya tidak tahu atau tak nampak. Saya mencadangkan ustaz agar apabila ustaz mengajar atau memberi ceramah, ustaz ajar yang mendengar supaya orang yang mendengar ni boleh jadi seperti ustaz. Maksudnya, boleh jadi pengganti kepada ustaz apabila ustaz tiada lagi. Orang tu juga mempunyai ilmu2 ustaz serta mengamalkan apa yang ustaz ajar sebagaimana ustaz mengamalkan ilmu ustaz.

    Contohnya, masjid penuh, tapi hanya orang tua sahaja. Tapi apabila orang tua ni mati, masjid jadi kosong. Kerana mungkin semasa hayat orang tua ini, dia tak pernah mengajak, kalo ajak pun, tetapi tidak meraikan atau menjadikan orang muda sukakan masjid sebagaimana mereka orang tua yang sukakan masjid atau mencari pelapis muda yang menggantikan beliau.

    Usaha ini penting agar apabila ustaz2 ni tiada, masih ada pelapis yang menggantikan bagi mengajar generasi baru. Lebih kurang maca MLM, ataupun bring it forward. Ia semakin berkembang n manusia akan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete