Di Pusat Pendidikan Al Barakah kami menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung dan juga pelajar.
Ruang rehat juga ada disediakan bagi mereka yang
menjalani kursus atau mendengar dan mengikuti kelas-kelas pengajian di
sini. Begitu juga ruang solat yang selesa dan berventilasi sesuai bagi
mereka yang mempunyai kursus-kursus yang dijalankan pada sepanjang hari.
Dewan Seminar yang lengkap dengan sistem audio dan visual terkini boleh disewa dari harga RM 450
satu hari. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis silaturrahim,
perkahwinan, perjumpaan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti kebajikan.
Surau Al Barakah mampu untuk menampung seramai 300 jemaah untuk satu
masa. Surau ini terletak di dalam kawasan Al Barakah. Berbagai aktiviti
diadakan disini terutama pada bulan Ramadhan.
HOMESTAY
Pusat Pendidikan Albarakah juga menyediakan homestay untuk mereka
yang perlukan kediaman sementara apabila berkunjung ke sini atau melawat
saudara mara di dalam kawasan Kg Manjoi. Sila klik untuk melihat homestay Pusat Pendidikan Al Barakah