'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.' (Surah At Taubah : Ayat 111)

Friday 10 February 2012

Manjoi,PERAK..Pendidikan Islam

Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz adalah merupakan seorang pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.

No comments:

Post a Comment