'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman akan diri dan harta benda mereka dengan bahawa mereka akan beroleh syurga disebabkan mereka berjihad pada jalan Allah.' (Surah At Taubah : Ayat 111)

Friday 10 February 2012

KEMUDAHAN - SEKOLAH AL-BARAKAH..

Di Pusat Pendidikan Al Barakah kami menyediakan kemudahan-kemudahan asas untuk kegunaan pengunjung dan juga pelajar.
Ruang rehat juga ada disediakan bagi mereka yang menjalani kursus atau mendengar dan mengikuti kelas-kelas pengajian di sini. Begitu juga ruang solat yang selesa dan berventilasi sesuai bagi mereka yang mempunyai kursus-kursus yang dijalankan pada sepanjang hari.
Dewan Seminar yang lengkap dengan sistem audio dan visual terkini boleh disewa dari harga RM 450 satu hari. Dewan ini boleh digunakan untuk majlis-majlis silaturrahim, perkahwinan, perjumpaan, mesyuarat dan aktiviti-aktiviti kebajikan.

 Surau Al Barakah mampu untuk menampung seramai 300 jemaah untuk satu masa. Surau ini terletak di dalam kawasan Al Barakah. Berbagai aktiviti diadakan disini terutama pada bulan Ramadhan.

HOMESTAY
Pusat Pendidikan Albarakah juga menyediakan homestay untuk mereka yang perlukan kediaman sementara apabila berkunjung ke sini atau melawat saudara mara di dalam kawasan Kg Manjoi. Sila klik untuk melihat homestay Pusat Pendidikan Al Barakah

PENGAJIAN DEWASA - USTAZ KAZIM

Pengajian agama yang dijalankan di sini ialah secara berjadual dan berkitab. Penekanan diberikan bagi pengajian fardhu ain, fardhu kifayah, tafsir al Quran dan Tajwid serta penekanan hadis. Terdapat dua orang guru yang menjalankan kuliah di sini iaitu AF Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Ali Sobri. Dan terdapat juga beberapa orang penceramah lain yang dijemput untuk memberi kuliah atau ceramah.
 Ingin Mengetahui Lebih Lanjut-----> KLIK DISINI  ( Waktu - Waktu Pembelajaran )

DERMA DAN WAKAF

Kami amat mengalu-alukan sumbangan wakaf/derma tuan/puan kepada Pusat Pendidikan Al Barakah. Sumbangan tuan/puan akan kami salurkan bagi kegunaan:
Wakaf
  • Pembinaan Asrama Maahad Tahfiz.
  • Menaiktaraf fasiliti dan keperluan pembelajaran
Derma
  • Untuk pengurusan pusat Pendidikan Al Barakah, yang 100% bergantung kepada sumbangan orang ramai dan yuran pelajar-pelajar.
  • Untuk pengurusan Maahad Tahfiz Al Barakah.
  • pengurusan asrama & keperluan anak yatim.
  • Bantuan kepada fakir miskin.
  • Bantuan kepada muallaf.
  • Untuk perbelanjaan pengurusan majlis-majlis ilmu di PPAB.
  • Untuk pembangunan infrastruktur PPAB.
Segala sumbangan tuan/puan dalam bentuk derma dapat dibuat ke dalam akaun (boleh digunakan untuk zakat dan wakaf): Sila Klik Disini

'Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tangkai dan tiap-tiap tangkai ini mendapat seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiny dan Allah Maha Kuasa (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.'
(Surah Al Baqarah : Ayat 261)

Manjoi,PERAK..Pendidikan Islam

Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al Hafiz adalah merupakan seorang pendakwah bebas di negeri Perak sejak tahun 1990. Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim telah mengambil inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah Subhanawataala, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.